Isnin, 2 Julai 2012

IKAN KUKUS ALA TEOCHEW

Assalamualaikum w.b.t

resepi!! resepi!! resepi!!

sape nk???

hehehehehe...

bosan2 waktu mcm ni baik sy update blog jer...
ada resepi nk dshare kpd kalian...
hohohoho
>.<

tajuk lauk ni ialah

''IKAN KUKUS ALA TEOCHEOW''

tkumat kamit mulutku myebut
''TE...O..CHE...OWW!!''
=="

hehehehehehe,,,,

nk tgok camner rupa lauk tu???
ok....
tapiiii...
maaf la ye gmbr ni sy amik dari google...
huhuhu...



okkkk... mulakn ngan bahan2 nye....
*sabar2 ye salin nota tu... hehehehe...

BAHAN2:

  • 1 ekor ikan (Siakap atau bawal Putih)
  • 50gm sawi masin, direndam dan dihiris.
  • 3cm halia, dihiris
  • 2 biji jeruk plum / asam boi
  • 1 tomato, dipotong empat
  • 2 cendawan shitake, dihiris
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu teh gula
  • daun ketumbar dan cili merah untuk hiasan ( kalu perlu je..)
CARA MEMASAK:
  1. Taburkan garam dan jeruk asam boi di atas ikan.
  1. Letakkan ikan di atas pinggan dan taburkan kesemua bahan2 diatas dan sekeliling ikan.
  1. Kukuskan ikan selama 10 minit atau sampai masak.
  1. Hiaskan dengan daun ketumbar, cili merah dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA^________^

Ahad, 1 Julai 2012

AYAM PONGTEH

Assalamualaikum w.b.t
Salam 1Malaysia buat semua..
huhuhu...

ookkkk..
hari ni ada 5 resepi yg tggl lg utk dshare...
antara2 resepi tu,
hari ni sy sharekn resepi yg btajuk

''AYAM PONGTEH''

*maaf curi gmbr ni dari google...huhuhu...
yg pasti gmbr ni agak serupa jgk ngan apa yg sy tgok tu.. hihih..

tau kamu??
bunyi nama ni mmg nmpk mcm pelik sikit..
huhuhuhu..
nk tau kenapa sy rasa pelik???
tapi...........
sy xble la nk ceritakn pasal apa sy rasa pelik..
so xpyh la nk tau..
kihkihkih >.<

okkkk...
skg kita mulakan ngan bahan2 nye..
*maafkn sy ye kalu bnyk mulut ni... hehehehe..
nmpk xsabar2 nk try resepi ni..
huhu..

BAHAN2
  • 800gm ayam, dipotong kecil
  • 5 biji kentang
  • 10 cendawan shitake
  • 15 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar tauchu
  • kicap hitam secukup rasa
  • gula merah secukup rasa
  • salt secukup rasa
  • 4 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
  1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan tauchu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk sampai naik bau.
  3. Masukkan daging ayam.
  4. Gaul sehingga ayam kecut dan masukkan semua bahan2. Kemudian, masak sehingga biji kentang empuk..

haaah, cara memasak ni nmpk mcm senang je...
kalau la sy dpt memasak lauk ni satu hari..
Insya-Allah...
^_______^

RENDANG KAMBING NGAN NASI BERIANI

Assalamualaikum w.b.t
senyuman yg lebar lg manis buat semua >.<
^________________________________^
huhuhu...

ok, ni blog baru yg sy buat hari ni....
hehehehe..
sebab kenapa??
sebab syg la nk buang kalendar 2011 ni..
ada terselit resepi2 d dalam gmbr2 kalendar ni..
*walaupn xpnh try masak.. hehehe..
so nk share kepada sesape yg nk try masak lauk pauk yg nmpk mcm sedap jer...
hehehehe..

hehehehe..
*suka ketawa je memanjang,.. hohoho >.<

okok..msti xsabar nk tau apa yg sy nk sharekn resepi ye...

nama lauk ni ialah

'RENDANG KAMBING NGAN NASI BERIANI'

haaaahhh tgok tu mulut da tliur nk mkn kn???
sedap bah nasi briani ni kn~~ huhuhu...
sama jgk rendang kambing ni... 

okkk... kita mulakn ngan bahan2 apa yg diperlukn utk mbuat lauk ni...
huhuhu... hehehe >.<

BAHAN2 RENDANG

  • 700gm kiub daging kambing
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga cengkih
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 1 batang serai
  • 1cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 2 sudu air asam jawa
  • 6 helai daun limau purut, dihiris
  • 6 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 10-12 cili kering
CARA MEMASAK:
  1. kisarkan bahan2 rempah.
  2. panaskan minyak dan tumiskan rempah, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. masukkan kiub daging kambing dan batang serai yang telah dititik. kacau selama 1 minit.
  4. kemudian masukkan santan, asam jawa, air dan mendidih perlahan2 atas api yang sederhana.
  5. masukkan daun limau purut, kerisik, gula perang dan kacau sehingga sebati.
  6. didihkan perlahan2 selama 1jam.
  7. tambahkan garam dan gula jika perlu.
BAHAN2 NASI BERIANI
  • 4 cawan beras basmati - rendamkan selama 1jam
  • 4 cawan air
  • garan secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • pewarna kuning
  • daun pandan
BAHAN2 DIKISAR:
  • 1 ulas bawwang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
BAHAN2 DITUMIS:
  • 1 kayu manis
  • 3 buah pelaga
  • 3 cengkih
  • 3 bunga lawang
CARA MEMASAK:
  1. panaskan dan cairkan minyak sapi
  2. tumiskan bahan2 tumis dan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. masukkan beras dan kacau sebentar.
  4. masukkan air dan daun pandan.
  5. masaklah seperti masak nasi biasa di dalam periuk nasi.
  6. apabila nasi sudah masak, titikkan pewarna kuning dan gaulkan ngan nasi.
  7. hidangkan ngan rendang kambing...


haaahhh ni dia bahan2 da tsedia, apa lg tggu ni...
hehehehe..

tetapi.............
maaf lah xde gmbr dia.. 

huhuhuhu >.<
sori22..

pandai2 lah kamu bayangkn mcm mana rupa lauk tu ye... huhu..

so apa2 pn minta diri ye...

*lauk ni ble dibuat masa rumah terbuka...
^____________________^

Assalamualaikum n selamat malam...