Ahad, 1 Julai 2012

RENDANG KAMBING NGAN NASI BERIANI

Assalamualaikum w.b.t
senyuman yg lebar lg manis buat semua >.<
^________________________________^
huhuhu...

ok, ni blog baru yg sy buat hari ni....
hehehehe..
sebab kenapa??
sebab syg la nk buang kalendar 2011 ni..
ada terselit resepi2 d dalam gmbr2 kalendar ni..
*walaupn xpnh try masak.. hehehe..
so nk share kepada sesape yg nk try masak lauk pauk yg nmpk mcm sedap jer...
hehehehe..

hehehehe..
*suka ketawa je memanjang,.. hohoho >.<

okok..msti xsabar nk tau apa yg sy nk sharekn resepi ye...

nama lauk ni ialah

'RENDANG KAMBING NGAN NASI BERIANI'

haaaahhh tgok tu mulut da tliur nk mkn kn???
sedap bah nasi briani ni kn~~ huhuhu...
sama jgk rendang kambing ni... 

okkk... kita mulakn ngan bahan2 apa yg diperlukn utk mbuat lauk ni...
huhuhu... hehehe >.<

BAHAN2 RENDANG

  • 700gm kiub daging kambing
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga cengkih
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 1 batang serai
  • 1cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 2 sudu air asam jawa
  • 6 helai daun limau purut, dihiris
  • 6 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 10-12 cili kering
CARA MEMASAK:
  1. kisarkan bahan2 rempah.
  2. panaskan minyak dan tumiskan rempah, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. masukkan kiub daging kambing dan batang serai yang telah dititik. kacau selama 1 minit.
  4. kemudian masukkan santan, asam jawa, air dan mendidih perlahan2 atas api yang sederhana.
  5. masukkan daun limau purut, kerisik, gula perang dan kacau sehingga sebati.
  6. didihkan perlahan2 selama 1jam.
  7. tambahkan garam dan gula jika perlu.
BAHAN2 NASI BERIANI
  • 4 cawan beras basmati - rendamkan selama 1jam
  • 4 cawan air
  • garan secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • pewarna kuning
  • daun pandan
BAHAN2 DIKISAR:
  • 1 ulas bawwang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
BAHAN2 DITUMIS:
  • 1 kayu manis
  • 3 buah pelaga
  • 3 cengkih
  • 3 bunga lawang
CARA MEMASAK:
  1. panaskan dan cairkan minyak sapi
  2. tumiskan bahan2 tumis dan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. masukkan beras dan kacau sebentar.
  4. masukkan air dan daun pandan.
  5. masaklah seperti masak nasi biasa di dalam periuk nasi.
  6. apabila nasi sudah masak, titikkan pewarna kuning dan gaulkan ngan nasi.
  7. hidangkan ngan rendang kambing...


haaahhh ni dia bahan2 da tsedia, apa lg tggu ni...
hehehehe..

tetapi.............
maaf lah xde gmbr dia.. 

huhuhuhu >.<
sori22..

pandai2 lah kamu bayangkn mcm mana rupa lauk tu ye... huhu..

so apa2 pn minta diri ye...

*lauk ni ble dibuat masa rumah terbuka...
^____________________^

Assalamualaikum n selamat malam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan